Sempena Aidiladha, MB sumbang 30 ekor lembu untuk Parlimen Gombak

30 Mei 2026, 10:10 AM
Sempena Aidiladha, MB sumbang 30 ekor lembu untuk Parlimen Gombak
Sempena Aidiladha, MB sumbang 30 ekor lembu untuk Parlimen Gombak
Sempena Aidiladha, MB sumbang 30 ekor lembu untuk Parlimen Gombak
Sempena Aidiladha, MB sumbang 30 ekor lembu untuk Parlimen Gombak

GOMBAK, 30 MEI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyumbang 30 ekor lembu korban bagi bagi Parlimen Gombak sempena Aidiladha tahun ini.

Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar, A Rahim Ahmad Kasdi berkata agihan menerusi program Korban Perdana Madani melibatkan kampung sekitar Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

“Hari ini merupakan program yang telah kita susun lebih awal, iaitu program Korban Perdana Madani anjuran Parlimen Gombak, di mana kita telah melaksanakan korban melibatkan hampir 27 ekor lembu.

“Tiga lagi ekor dihantar terus ke kampung untuk diagihkan kepada penduduk setempat, menjadikan keseluruhan sumbangan peribadi Dato’ Menteri Besar yang juga ahli Parlimen Gombak sebanyak 30 ekor,” katanya kepada Media Selangor pada program Penyerahan Sumbangan Kewangan DUN Sungai Tua dan Kenduri Rakyat di Dewan Orang Ramai Kampung Wira Damai, di sini hari ini.

Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar, A Rahim Ahmad Kasdi.

Beliau berkata secara keseluruhan sebanyak 119 ekor lembu diagihkan sempena Aidiladha di kawasan Parlimen Gombak hasil kerjasama Kerajaan Negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), surau dan masjid.

“Sebelum ini kita telah melaksanakan agihan sekitar 119 ekor lembu, melibatkan surau, masjid, NGO serta GLC,” katanya.

A Rahim berkata setiap kampung menerima seekor lembu dan pengurusan korban dilakukan sendiri sebelum daging diagihkan kepada asnaf di kawasan masing-masing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.