Dua peniaga pasar malam dikompaun, gagal sedia tong sampah

24 Mei 2026, 12:30 PM
Dua peniaga pasar malam dikompaun, gagal sedia tong sampah
Dua peniaga pasar malam dikompaun, gagal sedia tong sampah
Dua peniaga pasar malam dikompaun, gagal sedia tong sampah

SHAH ALAM, 24 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan dua kompaun terhadap peniaga Pasar Malam Pandan Jaya yang gagal menyediakan tong sampah mencukupi dalam operasi penguatkuasaan kebersihan semalam.

Menurut kenyataan Facebook MPAJ, operasi dijalankan Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan (PBK) bermula jam 6 petang hingga 10 malam melibatkan pemeriksaan terhadap 230 gerai.

Operasi itu bertujuan memastikan tahap pematuhan syarat lesen dalam kalangan peniaga pasar malam berada dalam keadaan baik khususnya aspek kebersihan.

“Hasil siasatan mendapati dua peniaga tidak menyediakan tong sampah seperti yang ditetapkan dan dikompaun mengikut UUK 16 Undang-Undang Establisymen Makanan MPAJ 20007,” katanya.

Menurut MPAJ, jumlah keseluruhan lot peniaga Pasar Malam Pandan Jaya adalah sebanyak 330 unit.

Bagaimanapun, keadaan hujan menyebabkan sebahagian peniaga tidak dapat beroperasi sepenuhnya ketika operasi dijalankan.

MPAJ memaklumkan majoriti peniaga didapati mematuhi syarat lesen dengan menyediakan tong sampah di gerai masing-masing.

Langkah itu membantu memastikan kawasan pasar malam kekal bersih dan selesa kepada pengunjung serta peniaga.

Dalam masa sama, pihak berkuasa tempatan itu mengingatkan peniaga dan pengurusan pasar malam supaya sentiasa menyediakan tong sampah mencukupi sepanjang aktiviti perniagaan dijalankan.

MPAJ turut menegaskan aspek kebersihan perlu sentiasa diberi perhatian bagi memastikan persekitaran pasar malam berada dalam keadaan teratur dan kondusif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.