MPAJ rekod kutipan cukai taksiran RM45 juta setakat April

25 Mei 2026, 11:00 AM
MPAJ rekod kutipan cukai taksiran RM45 juta setakat April

SHAH ALAM, 25 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merekodkan kutipan cukai taksiran sebanyak RM45 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 30 April tahun ini.

Timbalan Yang Dipertuanya Hasrolnizam Shaari berkata, dalam tempoh sama pihaknya turut berjaya mengutip tunggakan cukai taksiran berjumlah RM9 juta.

“Berdasarkan anggaran Belanjawan 2026 MPAJ, jumlah bil cukai taksiran yang perlu dikutip adalah sebanyak RM103.5 juta manakala tunggakan cukai taksiran dianggarkan RM20.1 juta.

“Bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, kutipan semasa cukai taksiran menunjukkan penurunan sebanyak RM2.2 juta atau 4.68 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Namun kutipan tunggakan cukai taksiran meningkat RM2.2 juta atau 33.31 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya dalam mesyuarat bulanan baru-baru ini.

Hasrolnizam berkata, jumlah keseluruhan kutipan cukai taksiran turut mencatat peningkatan sebanyak RM40,000 atau 0.07 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan MPAJ turut melaksanakan tindakan penguatkuasaan dengan menghantar Borang E tunggakan cukai taksiran melibatkan kawasan komersial dan kediaman.

“Notis telah dihantar kepada 2,784 akaun dengan jumlah tunggakan sebanyak RM785,000 hingga 17 Mei.

“Tindakan ini melibatkan kawasan Zon 1 dan Zon 2 antaranya Kampung Kemensah, Taman Keramat, Taman Ukay Bistari, Taman Melawati, Kampung Hulu Kelang serta Ukay Spring,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.