Jualan Ehsan Rahmah Aidiladha tarik pengunjung, jimat hingga 70 peratus

26 Mei 2026, 1:00 AM
Jualan Ehsan Rahmah Aidiladha tarik pengunjung, jimat hingga 70 peratus

AMPANG JAYA, 26 MEI: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor terus menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan barangan dapur menjelang Aidiladha, Rabu ini.

Pengunjung, Farah Nur Anis Abdul Muis, 32, berkata JER membantu beliau berjimat sehingga 70 peratus bagi membeli barangan keperluan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Katanya lagi, dia membeli pelbagai barangan keperluan termasuk ayam, daging, telur dan makanan kering untuk bekalan dua minggu dengan harga ditawarkan jauh lebih murah berbanding di luar.

Farah Nur Anis Abdul Muis, 32,

“Secara keseluruhan saya boleh jimat sehingga 70 peratus jika berbelanja di pasar raya luar. Contohnya telur di JER hanya RM6.50 sedangkan di luar boleh cecah sehingga RM14,” katanya.

Beliau antara ratusan pengunjung yang ditemui pada program JER mega Aidiladha di Pekarangan Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah di sini, hari ini.

Sementara itu, warga emas Abdullah Bukhari, 79, memberitahu program berkenaan membantu beliau mendapatkan barangan asas pada harga lebih rendah dengan penjimatan sekitar 30 peratus berbanding harga biasa di pasaran.

Abdullah Bukhari, 79,

“Saya dapat membeli ayam, telur, minyak masak, biskut paket dan mi untuk kegunaan tiga ahli keluarga termasuk anak-anak.

“Saya sudah berbelanja di JER sejak program ini mula diperkenalkan dan berharap Kerajaan Negeri dapat menganjurkannya setiap minggu,” ujarnya.

Program yang akan berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 Mei 2026 ini diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi membantu orang ramai mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah.

Jualan Mega Aidiladha ini akan diadakan di lapan lokasi terpilih sekitar Selangor bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Bagi 23 Mei, lokasi terlibat ialah Dataran Bougainvilla, Kampung Sungai Kertas, Perkarangan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Dataran Pantai Batu Laut dan Pejabat Parlimen Sabak Bernam, Bagan Nakhoda Omar

Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Mega Aidiladha DUN Pandan di Kampung Pandan Dalam, Ampang Jaya pada 23 Mei 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Manakala pada 24 Mei, jualan akan berlangsung di Balai Penghulu Telok Panglima Garang, Pekarangan Flat Taman Kem, Pelabuhan Klang, Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang dan Tapak Parkir Econsave Sungai Buloh

Antara barangan ditawarkan termasuk ayam, ikan, daging, beras, telur, minyak masak, tepung, bihun, sardin, biskut, sabun pencuci pakaian serta lampin pakai buang pada harga promosi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.