Aidiladha: Peluang dapatkan barangan dapur murah di lapan lokasi hujung minggu ini

18 Mei 2026, 12:30 PM
Aidiladha: Peluang dapatkan barangan dapur murah di lapan lokasi hujung minggu ini

SHAH ALAM, 18 MEI: Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega sempena Aidiladha yang dijayakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di enam lokasi hujung minggu ini.

Inisiatif jualan murah untuk meringankan beban menyambut perayaan itu menawarkan ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM7 sepapan), ikan kembung (RM6.50/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).

Turut dijual produk baharu iaitu tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM14.00) dan lampin bayi pakai buang (RM7.

Berikut lokasi JER mega pada 23 dan 24 Mei:

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Pada 2023, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.