Gombak Setia, Semenyih antara enam lokasi jualan murah esok, ayam RM10 seekor

15 Mei 2026, 7:00 AM
Gombak Setia, Semenyih antara enam lokasi jualan murah esok, ayam RM10 seekor

SHAH ALAM, 15 MEI: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dijayakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di enam lokasi esok.

Jualan murah itu menawarkan ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur jenis B (RM9 sepapan), ikan (RM6.50/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).

Turut dijual ialah tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM14.00) dan lampin bayi pakai buang (RM8).

Empat lokasi JER dianjurkan dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari adalah di DUN Sg Pelek, Kota Kemuning, Gombak Setia dan Jeram manakala DUN Bukit Antarabangsa dan Semenyih bermula dari jam 3.30 hingga 6.30 petang.

Berikut lokasi JER esok:

Lokasi Jualan Ehsan Rahmah pada 16 Mei 2026. Foto Facebook PKPS

Pada 2023, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.