Jelajah GRS 2.0: Tengku Amir Shah berkenan lawat kilang bahulu di Hulu Langat

13 Mei 2026, 4:07 AM
Jelajah GRS 2.0: Tengku Amir Shah berkenan lawat kilang bahulu di Hulu Langat
Jelajah GRS 2.0: Tengku Amir Shah berkenan lawat kilang bahulu di Hulu Langat
Jelajah GRS 2.0: Tengku Amir Shah berkenan lawat kilang bahulu di Hulu Langat
Jelajah GRS 2.0: Tengku Amir Shah berkenan lawat kilang bahulu di Hulu Langat
Jelajah GRS 2.0: Tengku Amir Shah berkenan lawat kilang bahulu di Hulu Langat

HULU LANGAT, 13 MEI: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Kilang Bahulu Classiq di Kampung Jawa, Batu 18 sempena jelajah Gagasan Rumpun Selangor edisi kedua (GRS 2.0) hari ini.

Keberangkatan tiba Tengku Amir Shah disambut EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail, Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua Datuk Johan Abd Aziz dan ADN Lembah Jaya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan serahan sumbangan Kerajaan Negeri sejumlah RM20,000 untuk pembelian barangan perniagaan yang disampaikan Rizam kepada pemilik Bahulu Classiq, Nur Adeeba Ibrahim.

Baginda seterusnya berkenan melihat proses bancuhan bahulu dan mencuba sendiri mengisi adunan bahulu ke dalam acuan.

Raja Muda Selangor kemudian melihat operasi kafe bahulu classiq dan berkenan menerima cenderahati hamper bahulu dari pemilik Bahulu Classiq.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah diiringi Nur Adeeba Ibrahim berkenan melihat produk yang terdapat di kilang Bahulu Classiq, Hulu Langat pada 13 Mei 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Sebelum ini, Rizam memaklumkan GRS 2.0 bakal memperkenalkan projek angkat melibatkan pembinaan baharu, baik pulih dan penyelenggaraan infrastruktur, dengan tumpuan kepada mengenal pasti kemudahan rosak sekali gus menjamin keselamatan orang ramai.

GRS diperkenalkan bagi memperkukuh semangat perpaduan dan sistem kemasyarakatan di Selangor.

Pelaksanaannya merangkumi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

Dalam edisi pertama yang bermula Februari 2024, program itu telah menjelajah ke semua daerah, bermula di Hulu Selangor sebelum berakhir di Gombak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.