SHAH ALAM, 4 MEI: Orang ramai dijemput menghadiri program Himpunan Gagasan Rumpun Selangor 2026 (2.0) yang berlangsung di daerah Petaling, esok.
EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail, menerusi Facebook berkata pelbagai pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
Menurut beliau, penganjuran program itu menjadi platform merapatkan hubungan antara rakyat pelbagai latar belakang, selain menyemai semangat cintakan negeri.
Program tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.
"Antara aktiviti disusun termasuk program komuniti, aktiviti sukan, lawatan tapak projek pembangunan serta pameran produk usahawan tempatan.
"Turut diadakan majlis perasmian bangunan Kerajaan Negeri serta lawatan industri," katanya.








