ad
SELANGOR

MB: Bantuan mangsa bah disalur selepas proses pemindahan selesai

1 Dis 2024, 9:26 AM
MB: Bantuan mangsa bah disalur selepas proses pemindahan selesai
MB: Bantuan mangsa bah disalur selepas proses pemindahan selesai

SHAH ALAM, 1 DIS: Bantuan kepada mangsa banjir mula diagih selepas proses pemindahan ke kediaman masing-masing selesai, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata buat masa ini pihaknya fokus kepada operasi menyelamat dan kawalan keselamatan kepada mereka yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kita memang ada dana (mangsa banjir) RM500 dan dimaklumkan persekutuan akan beri RM1,000 kepada mangsa yang berpindah ke PPS.

“Setakat ini, jumlah mangsa banjir di PPS sudah berkurangan kepada 36 keluarga… apa yang penting memastikan operasi ketika banjir dapat dijalankan terutama proses menyelamat dan kawalan keselamatan.

“Bantuan akan disalurkan setelah isu banjir selesai dan mangsa pulang ke rumah. Kita akan semak senarai di PPS baru buat penyerahan kepada mangsa banjir,” katanya selepas merasmikan penutupan Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City.

[caption id="attachment_666398" align="alignnone" width="847"] Sebahagian mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan MBSA Seri Pagi Paya Jaras, U19 Sungai Buloh pada 4 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Amirudin turut memaklumkan Kerajaan Negeri bersedia membantu beberapa negeri terkesan bah dengan menghantar sukarelawan bagi proses pembersihan.

“Buat masa ini, kita tumpu di Selangor dahulu tetapi perbincangan awal telah dibuat untuk bantu proses pembersihan lepas musim bah.

“Kita sedang bincang dengan sukarelawan dan akan bergerak ke sana, malah berhubung dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk laksana bersama terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang kesan bah agak buruk,” ujarnya.

Berdasarkan info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 674 PPS dibuka di 10 negeri dengan menempatkan 43,755 keluarga setakat jam 4.22 petang ini.

Namun, di Selangor, dua PPS di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan MPKJ Bukit Kapar yang menempatkan 487 mangsa dari 111 keluarga telah ditutup.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.