Lelaki ditemui meninggal dunia dalam kereta berkunci

29 Mei 2026, 10:45 AM
Lelaki ditemui meninggal dunia dalam kereta berkunci

GEORGE TOWN, 29 MEI: Seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di hadapan kedai ais krim di Jalan Sungai Dua, di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lim Swee Sake berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada 11.47 pagi.

Beliau berkata mangsa yang berasal dari Ayer Itam itu, ditemukan dalam keadaan berpakaian kemas dan berbaring di tempat duduk pemandu kereta milik isterinya, yang dikunci dari dalam.

“Hasil siasatan pada badan mangsa dan kawasan sekitar mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lim berkata polis menganggarkan mangsa telah meninggal dunia kira-kira lima hari sebelum ditemukan.

Beliau berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut telah dibuka untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.