Polis siasat dakwaan kanak-kanak taska dipaksa minum air cili

29 Mei 2026, 7:27 AM
Polis siasat dakwaan kanak-kanak taska dipaksa minum air cili

SHAH ALAM, 29 MEI: Polis mengesahkan menerima laporan susulan tular seorang kanak-kanak lelaki didakwa dipaksa minum air cili di taska di daerah Kluang, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata berkata pihaknya menerima laporan daripada penjaga kanak-kanak terbabit pada jam 8.46 malam semalam, lapor Berita Harian.

"Kejadian dipercayai berlaku pada 20 Mei lalu. Kanak-kanak terbabit dipaksa minum air cili oleh guru di dapur sebuah taska,.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan kandungan berbentuk provokasi, fitnah atau kenyataan yang boleh menjejaskan ahli keluarga, pihak sekolah mahupun mereka yang sedang disiasat," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai taska di Taman Sri Kluang didakwa mendera dan menghukum pelajar secara fizikal.

Susulan itu, pengurusan taska terbabit mengeluarkan kenyataan permohonan maaf serta menjalankan siasatan dalam berhubung isu terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.