Pengasuh warga emas ditahan disyaki dera kanak-kanak

22 Mei 2026, 2:34 AM
Pengasuh warga emas ditahan disyaki dera kanak-kanak

SEREMBAN, 22 MEI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun disyaki didera wanita warga emas yang juga pengasuhnya di sebuah rumah di sini semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata ibu bapa mangsa membuat laporan pada 8.01 malam tadi selepas melihat video kejadian berdurasi satu minit 15 saat yang tular di media sosial.

“Rakaman video itu memaparkan seorang wanita memukul kanak-kanak lelaki di bahagian belakang sebuah rumah dan mangsa telah dikenal pasti oleh ibu bapanya.

“Mangsa dihantar ke rumah pengasuh yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka kira-kira tujuh bulan lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk pemeriksaan dan rawatan.

Alzafny berkata polis menahan wanita berusia 60 tahun pada 9.45 hari sama di lokasi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Kamarul Ariffin Kamaruzaman menerusi talian 06-6033222.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.