Pendaki hilang di Bukit Changkat Asa belum ditemui, pencarian diperluas

24 Mei 2026, 12:29 PM
Pendaki hilang di Bukit Changkat Asa belum ditemui, pencarian diperluas

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Operasi mencari dan menyelamat remaja perempuan Nur Izzati Humaira Azizul yang dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa dekat Tanjong Malim semalam, meliputi kawasan seluas 0.436 kilometer (KM) persegi hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata 76 anggota bomba, sukarelawan dan ahli pertubuhan bukan kerajaan terlibat dengan operasi yang bermula bermula pada 9 pagi.

Beliau berkata pihaknya turut menggunakan khidmat dua anjing pengesan bagi membantu mengesan mangsa.

“Mangsa belum ditemukan. Operasi ditangguh pada 6.30 petang dan akan disambung semula 9 pagi esok,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Nur Izzati Humaira, 19, dilaporkan hilang dipercayai tersesat semasa melakukan aktiviti pendakian di bukit berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.26 tengah hari, sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan BBP Tanjong Malim digegaskan ke lokasi kejadian.

Sabarodzi berkata mangsa dipercayai tersesat semasa menuruni bukit bersama lima rakan dan ahli keluarganya.

Mangsa kali terakhir dilihat pada radius 234 meter ketinggian Bukit Changkat Asa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.