Amaran cuaca buruk di Selangor, beberapa negeri hingga malam ini

24 Mei 2026, 10:05 AM
Amaran cuaca buruk di Selangor, beberapa negeri hingga malam ini

SHAH ALAM, 24 MEI: Tiga daerah di Selangor diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Selain Selangor, amaran cuaca buruk turut dikeluarkan bagi beberapa negeri lain termasuk Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Bagi Pahang pula, amaran melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.

Di Negeri Sembilan, kawasan terjejas ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, sementara di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” menurut kenyataan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.