Sabak Bernam diramal ribut petir, hujan lebat hingga jam 12 tengah hari

24 Mei 2026, 2:11 AM
Sabak Bernam diramal ribut petir, hujan lebat hingga jam 12 tengah hari
Sabak Bernam diramal ribut petir, hujan lebat hingga jam 12 tengah hari
Sabak Bernam diramal ribut petir, hujan lebat hingga jam 12 tengah hari

SHAH ALAM, 24 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 12 tengah hari ini.

Kawasan terjejas di Selangor ialah Sabak Bernam. Selain itu negeri yang turut menerima amaran sama ialah Perlis, Kedah melibatkan kawasan seperti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda serta Pulau Pinang.

Kawasan lain yang terjejas ialah Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Sarawak melibatkan Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Miri (Miri) sementara Sabah pula di Kudat (Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku melebihi satu jam.

Katanya, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Foto Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.