Guru perlu adaptasi teknologi, depani cabaran global agar pendidikan kekal relevan

21 Mei 2026, 8:30 AM
Guru perlu adaptasi teknologi, depani cabaran global agar pendidikan kekal relevan
Guru perlu adaptasi teknologi, depani cabaran global agar pendidikan kekal relevan
Guru perlu adaptasi teknologi, depani cabaran global agar pendidikan kekal relevan
Guru perlu adaptasi teknologi, depani cabaran global agar pendidikan kekal relevan

SHAH ALAM, 21 MEI: Guru perlu memiliki kewibawaan dalam mendepani perkembangan teknologi, cabaran global dan perubahan keperluan masyarakat bagi memastikan sistem pendidikan kekal relevan dan dinamik.

EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata guru masa kini tidak lagi hanya berperanan sebagai penyampai ilmu, sebaliknya menjadi pemimpin perubahan dalam membentuk generasi masa depan.

“Guru yang unggul bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pemimpin perubahan yang berperanan memastikan sistem pendidikan sentiasa relevan, dinamik dan seiring dengan perkembangan zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pengiktirafan dan Penghargaan Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2026 sempena Hari Guru Kebangsaan di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah bergambar bersama penerima Anugerah Tokoh Guru Lelaki, Mohammad Zaki Rajikin pada Majlis Pengiktirafan dan Penghargaan Pendidikan JAIS 2026 sempena Hari Guru Kebangsaan di Shah Alam, pada 21 Mei 2026.

Hampir 10,000 guru seluruh Selangor diraikan pada majlis itu termasuk kira-kira 840 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru tetap serta guru kontrak di bawah sistem pendidikan JAIS.

Menurut beliau, tema Hari Guru tahun ini, “Guru Bitara Nadi Negara” membawa maksud mendalam mengenai peranan guru sebagai insan unggul yang membentuk masa depan murid selain menjadi nadi pembangunan bangsa dan negara.

Pada majlis sama, Dr Khudori Ahmad dianugerahkan Tokoh Khas Guru dan Perguruan, manakala Mohammad Zaki Rajikin dan Rusnah Jamali masing-masing menerima Tokoh Guru Lelaki dan Tokoh Guru Perempuan.

Seramai 387 guru KAFA menerima pengiktirafan termasuk Anugerah Guru KAFA Cemerlang, Ketua Guru Cemerlang, Penyelia KAFA Cemerlang, Anugerah Perkhidmatan 25 Tahun serta Pesara Guru 60 Tahun.

Selain itu, 11 institusi pendidikan agama turut menerima anugerah mengikut kategori masing-masing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.