SHAH ALAM, 13 MEI: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melaksanakan kerja penyelenggaraan pokok berisiko di sekitar kawasan pentadbirannya bermula 3 Mei hingga 3 November ini.
MBSJ memaklumkan inisiatif selama enam bulan itu bertujuan memastikan pertumbuhan pokok lebih baik selain mewujudkan persekitaran selesa dan selamat kepada pengguna jalan raya serta penduduk.
"Tujuannya bagi memastikan pertumbuhan pokok yang baik serta mewujudkan persekitaran selesa dan selamat kepada pengguna jalan raya serta penduduk," katanya menerusi kenyataan Facebook.
Tambahnya, kerja penyelenggaraan melibatkan beberapa kawasan antaranya Subang Jaya, Putra Heights, Puchong dan Bandar Puchong Jaya, Bandar Puteri dan Saujana Puchong, Bandar Kinrara, Taman Lestari Putra dan Taman Equine serta Serdang.
"MBSJ akan terus memantau operasi di lapangan termasuk aliran trafik di kawasan terlibat bagi memastikan kelancaran pergerakan serta keselamatan pengguna jalan raya," katanya.
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika melalui kawasan kerja, mamatuhi arahan petugas serta memberi kerjasama sepanjang tempoh penyelenggaraan terbabit.
Sebarang aduan atau permasalahan boleh disalurkan menerusi aplikasi Aduan Awam MBSJ atau menghubungi Pusat Panggilan MBSJ di talian 03-80247700.
Lokasi penyelenggaraan seperti berikut:
- Subang Jaya
Jalan SS 13 & SS 14, Jalan SS 15 & SS 17, Jalan SS 18 & SS 19, Persiaran Teknologi Subang, Jalan USJ Heights, Jalan 4/8, Jalan USJ 6/3, Jalan USJ 6/6, Persiaran Subang, Persiaran Murni, Jalan USJ 3A, Jalan USJ 3D, Jalan TP 1/6, Jalan Tujuan, Jalan USJ 10, Jalan Kewajipan, Jalan Damai dan Jalan USJ 22/1A.
-Putra Heights
Kawasan Perumahan Putra Indah 9, Persiaran Putra Perdana dan Persiaran Putra Permai.
-Puchong dan Bandar Puchong Jaya
Jalan TPP 1/1, TPP 1/1A, TPP 1/19, TPP 5/17, TPP 6/9, Jalan Perindustrian Puchong, Lorong Berkat 1, Kampung Sri Aman, Jalan Jurutera, Jalan Tempua 2, Jalan Tempua 10, Jalan Tiong 9, Gerai Majlis Jalan Merbuk, Jalan Merbah 4, Persiaran Puchong Perdana 2, Jalan Perdana 4/2, Jalan Indah 1, Jalan Indah 2, Jalan Indah 2/1, Jalan Indah 2/5, Jalan Indah 2/6, Zon 14, Jalan Puchong Utama 2/1, Jalan Utama 2/18, Jalan Utama 2/1, Jalan Puchong Utama 3/7, Jalan Wawasan 2/23, Jalan Wawasan 5/3, Taman Permainan Wawasan 1-3, Persiaran Wawasan, Persiaran Indera dan Jalan Wawasan 2/3.
-Bandar Puteri dan Saujana Puchong
Laman Puteri 2, Lebuh Puteri, Jalan Puteri 8/5, Jalan Puteri 8/7, Jalan Saujana Puchong 10/1A, Jalan Saujana Puchong 10/12 hingga 10/14 dan Persiaran Saujana Puchong.
-Bandar Kinrara
Jalan Kinrara 6E, Damai Utama, Jalan BK 3/1 dan Jalan Kinrara 5.
-Taman Lestari Putra dan Taman Equine
Jalan LEP 5, Jalan Putra Permai 3, LEP 4/18, Jalan LEP 6/6, Persiaran Suria Puchong, D’Alpinia Business Park, Pangsapuri Jati, Jalan Equine 7 dan Jalan Equine 10.
-Serdang
Jalan Seri Serdang, Jalan Serdang Selatan, Jalan 18/60, Jalan 18/55, Taman Seri Serdang, Jalan 3/15, Jalan Perusahaan 4, Taman Serdang Jaya, Jalan Jinma 5, Taman Bukit Serdang, Taman Serdang Utama, Jalan Perindustrian Putra Permai, Taman Perindustrian Bukit Serdang, Jalan SR 4 hingga SR 7, Taman Serdang Raya, Taman Muhibbah, Jalan Indah 5, Jalan SB Indah 2, Taman Sungai Besi Indah dan Jalan Kuda Emas.









