MBPJ beri pengecualian sewa dua bulan peniaga Medan Selera 223

9 Mei 2026, 8:31 AM
MBPJ beri pengecualian sewa dua bulan peniaga Medan Selera 223
MBPJ beri pengecualian sewa dua bulan peniaga Medan Selera 223
MBPJ beri pengecualian sewa dua bulan peniaga Medan Selera 223
MBPJ beri pengecualian sewa dua bulan peniaga Medan Selera 223

SHAH ALAM, 9 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memberikan pengecualian sewa dua bulan kepada peniaga Medan Selera 223 yang terjejas dengan banjir kilat baru-baru ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata MBPJ turut mengintegrasikan pemasangan ‘water level sensor’ pintar bersama sistem kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berisiko bagi mengesan kenaikan paras air sungai.

“MBPJ bersetuju memberikan pengecualian bayaran sewa bagi tempoh Mei hingga Jun sebagai langkah prihatin terhadap beban yang ditanggung susulan kejadian tersebut.

“Selain itu, pemasangan sistem ini akan mengaktifkan siren amaran awal bagi memberi peringatan kepada peniaga dan orang awam di kawasan terlibat,” katanya menerusi laman Facebook.

Terdahulu, Datuk Bandar Petaling Jaya Dato’ Mohamad Zahri Samingon, meninjau sendiri keadaan di lokasi, bagi mengenal pasti punca banjir serta membincangkan langkah pencegahan dan mitigasi bagi mengelakkan kejadian berulang.

Dalam kejadian Rabu lalu, banjir kilat sedalam 1.2 meter melanda kawasan medan selera tersebut sehingga menyebabkan beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir tenggelam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.15 petang.

Ahmad Mukhlis memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya bergegas ke lokasi dan tiba 11 minit kemudian.

Katanya lagi, tiada pemindahan mangsa dibuat kerana paras air semakin surut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.