Kanak-kanak lelaki maut dihempap blok konkrit

9 Mei 2026, 1:13 AM
Kanak-kanak lelaki maut dihempap blok konkrit

SHAH ALAM, 9 MEI: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas dihempap blok konkrit ketika bermain pasir di hadapan rumahnya di Kampung Telaga Papan, Semerak, Pasir Puteh, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Mohammad Yusof Nor Ismail dipercayai bermain mengorek pasir bersama bapa saudaranya yang juga seusia dengannya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Saari Yaacob berkata, ahli keluarga menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan kedua-dua kanak-kanak terbabit terjatuh ke dalam lubang pasir sebelum mendapati mereka dihempap blok konkrit.

“Mangsa didapati tidak sedarkan diri dan keluarga kemudian menghubungi Klinik Kesihatan Cherang Ruku.

“Penolong pegawai kesihatan yang tiba di lokasi mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, seorang lagi kanak-kanak cedera pada bahagian leher dan dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk menerima rawatan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.