Remaja lelaki maut dalam kebakaran rumah

8 Mei 2026, 8:41 AM
Remaja lelaki maut dalam kebakaran rumah

SUNGAI PETANI, 8 MEI: Seorang remaja berusia 18 tahun maut manakala lelaki 50 tahun sesak nafas dalam kebakaran sebuah rumah di Bandar Sri Astana dekat sini, pagi tadi.

Pegawai Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah merangkap Pegawai Komander Operasi Kanan Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 4.54 pagi.

“Remaja lelaki itu ditemukan pada 5.23 pagi di ruang loteng rumah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian hadapan rumah sebelum merebak dan memusnahkan kira-kira 80 peratus struktur rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerja pemadaman menggunakan air tangki jentera dan pili bomba berjaya mengawal kebakaran pada 5.41 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 9.02 pagi.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

TAG: bomba, remaja, maut, kebakaran, rumah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.