Selangor teroka kerjasama dengan Australia tangani isu keterjaminan makanan

9 Mei 2026, 2:42 AM
Selangor teroka kerjasama dengan Australia tangani isu keterjaminan makanan
Selangor teroka kerjasama dengan Australia tangani isu keterjaminan makanan
Selangor teroka kerjasama dengan Australia tangani isu keterjaminan makanan
Selangor teroka kerjasama dengan Australia tangani isu keterjaminan makanan
Selangor teroka kerjasama dengan Australia tangani isu keterjaminan makanan

SYDNEY, 9 MEI: Selangor terbuka untuk meneroka peluang kerjasama dengan Australia dalam sektor agrikultur bagi mengatasi isu keterjaminan makanan akibat ketidaktentuan rantaian bekalan global.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata, potensi kerjasama membabitkan pemindahan teknologi pertanian moden, pembangunan agro makanan pintar serta latihan kepakaran yang mampu memperkukuh daya tahan sektor makanan negeri.

“Ketika dunia berdepan ketidaktentuan rantaian bekalan global dan cabaran perubahan iklim, soal keterjaminan makanan bukan lagi pilihan tetapi keutamaan strategik yang menuntut pendekatan lebih inovatif serta lestari.

“Australia terkenal dengan teknologi pintar, automasi industri makanan dan pengurusan sekuriti makanan yang efisien. Jadi, kita terbuka untuk teroka kerjasama itu,” kata Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop.

Berucap pada majlis makan malam diaspora dan mahasiswa Selangor di Australia malam tadi, beliau berkata Selangor juga tekad mempercepat agenda ekonomi hijau dan pembangunan lestari.

Katanya, pengalaman Australia dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan hidrogen hijau penting untuk diteroka sebagai sebahagian usaha menjadikan Selangor negeri rendah karbon dan mesra masa depan.

“Kerjasama dalam pengurusan sumber air, mitigasi perubahan iklim dan pembangunan bandar mampan juga penting dalam menjamin kesejahteraan rakyat dan kelangsungan pembangunan negeri dapat dipertahan untuk generasi akan dating," kata beliau lagi.

Saipolyazan turut melihat peluang besar kedua-dua pihak dalam pembangunan bandar pintar, transformasi digital dan inovasi teknologi termasuk sektor pelancongan yang mampu dijadikan model memperkaya ekosistem pelancongan negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.