Selangor, KL dan Putrajaya dijangka alami ribut petir hingga 4 petang

4 Mei 2026, 5:01 AM
Selangor, KL dan Putrajaya dijangka alami ribut petir hingga 4 petang

SHAH ALAM, 4 MEI: Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan amaran cuaca buruk itu turut melibatkan Perak dan Pahang, selain Johor.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kedah (Langkawi) serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.