Amaran ribut petir seluruh negara, hujan lebat dijangka hingga 6 petang

2 Mei 2026, 8:29 AM
Amaran ribut petir seluruh negara, hujan lebat dijangka hingga 6 petang

SHAH ALAM, 2 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan kebanyakan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga jam 6 petang hari ini.

Antara negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Perak, kawasan terjejas meliputi Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Pantai Timur, Kelantan melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Pahang pula membabitkan Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin.

Di selatan, Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala Johor membabitkan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai.

Bagi Sarawak, kawasan terjejas termasuk Kuching, Samarahan, Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ribut petir ini merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.