ad
AGENDA

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang 

9 Sep 2023, 7:12 AM
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang 
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang 

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 9 SEPT: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor serta Hulu Selangor sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.