ad
AGENDA

Ramalan hujan lebat hampir seluruh daerah di Selangor hingga 7 malam

24 Feb 2024, 9:00 AM
Ramalan hujan lebat hampir seluruh daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 24 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda hampir seluruh daerah di Selangor hingga 7 malam ini.

Menurut agensi itu, cuaca hujan disertai ribut petir dijangka melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama juga diramal berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia  memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.