ad
AGENDA

Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga Jumaat

19 Mac 2025, 6:18 AM
Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga Jumaat

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga Jumaat ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di Pahang melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Keadaan sama juga diramal berlaku di Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Bagi Sarawak, kawasan terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu hingga esok.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.