Petaling antara enam daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 10 pagi

5 Jun 2026, 11:57 PM
Petaling antara enam daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 6 JUN: Enam daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling diramal ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga 10 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut diramal melanda Kuala Lumpur selain beberapa daerah di Pulau Pinang dan Perak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.