SHAH ALAM, 26 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor dan Kuala Lumpur hingga 12 tengah hari.
Amaran cuaca sama dikeluarkan di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Menurut MetMalaysia, amaran turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.
Ramalan sama dikeluarkan di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan, maklum MetMalaysia di Facebook.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku melebihi tempoh sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan merancang perjalanan terutama di kawasan berisiko banjir kilat serta pokok tumbang susulan cuaca buruk.








