Kedai emas, telefon antara enam musnah dalam kebakaran di Tanjong Karang

3 Jun 2026, 3:07 AM
Kedai emas, telefon antara enam musnah dalam kebakaran di Tanjong Karang

SHAH ALAM, 3 JUN: Enam kedai termasuk sebuah kedai emas dan kedai menjual alat telekomunikasi musnah dalam kebakaran di Jalan Besar, Tanjong Karang dekat sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 11.27 malam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan enam kedai berkeluasan 40x20 kaki persegi setiap satu kedai. Anggaran peratusan kebakaran bagi kesemua kedai adalah 90 peratus. Jenis kedai yang terlibat ialah dua kedai menjual ubat, dua kedai alat telekomunikasi, sebuah kedai emas dan sebuah pasar mini.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan api berjaya dikawal pada 3.54 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi itu melibatkan kekuatan 16 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, BBP Kuala Selangor, BBP Sekinchan dan BBP Klang Utara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.