DUN Johor bubar: Speaker serah notis rasmi kepada SPR

2 Jun 2026, 9:25 AM
DUN Johor bubar: Speaker serah notis rasmi kepada SPR

JOHOR BAHRU, 2 JUN: Notis pemakluman rasmi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Perkara itu disahkan Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang turut berkongsi notis bertarikh 2 Jun berkenaan kepada media.

Notis itu diserahkan bagi tujuan memaklumkan kepada SPR mengenai Pemasyhuran Memansuhkan Dewan Negeri Johor yang telah diperkenankan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada 1 Jun.

Semalam, SPR memaklumkan akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Johor sebaik sahaja menerima pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN daripada Speaker.

Ia bagi menentukan tarikh-tarikh penting urusan PRN termasuk tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN setelah diperkenankan Pemangku Sultan Johor semalam.

PRN perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran berkuat kuasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.