Program mobiliti bantu warga emas lebih yakin bergerak aktif

3 Jun 2026, 4:00 AM
Program mobiliti bantu warga emas lebih yakin bergerak aktif
Program mobiliti bantu warga emas lebih yakin bergerak aktif

SHAH ALAM, 3 JUN: Program berkaitan mobiliti bukan sahaja membantu warga emas kekal aktif malah meningkatkan keyakinan mereka untuk menjalani rutin harian tanpa takut terjatuh.

Peserta program, Zalifah Mohd Sanip, 52, berkata beliau menyertai aktiviti berkenaan kerana mengalami masalah lutut sejak usia 30-an selain mahu memastikan dirinya terus kekal aktif apabila meningkat usia.

Menurutnya, program seperti itu penting terutama untuk warga emas kerana mereka memerlukan senaman sesuai bagi membantu mengekalkan kecergasan dan pergerakan harian.

Peserta, Zalifah Mohd Sanip, 52, ditemu bual media ketika Program Bengkel Mobiliti Untuk Warga Emas di Petaling Jaya pada 24 Mei 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

“Saya rasa warga emas memang perlukan aktiviti seperti ini supaya mereka boleh bergerak dengan lebih aktif,” katanya kepada Media Selangor.

Seorang lagi peserta, Ow Seok Min, 73, berkata beliau mengetahui mengenai program berkenaan melalui rakannya yang berkongsi maklumat tentang program anjuran Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing itu.

Katanya, sesi perkongsian dalam program tersebut memberi penerangan mengenai senaman yang sesuai selain kepentingan mengaktifkan otot bagi meningkatkan pergerakan harian.

Peserta, Ow Seok Min, 73, berkongsi pandangan kepada media mengenai program tersebut pada 24 Mei 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

“Saya selalu jatuh sebelum ini, jadi sekarang saya takut untuk berjalan laju atau bergerak lebih,” katanya.

Menurutnya, tujuan utama beliau menyertai program itu adalah untuk meningkatkan mobiliti supaya dapat bergerak dengan lebih mudah dan yakin.

Beliau turut berharap program seperti itu dapat diteruskan secara lebih kerap memandangkan ramai warga emas memerlukan pendedahan berkaitan mobiliti.

“Saya harap program seperti ini boleh dibuat setiap minggu kerana ia sangat membantu warga emas,” tambahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.