Dua penjenayah ditembak mati di Kajang

26 Mei 2026, 12:05 AM
Dua penjenayah ditembak mati di Kajang

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Dua penjenayah tegar warga tempatan ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, di Kajang, Selangor, malam tadi.

Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata kejadian berbalas tembakan membabitkan pihak polis dan penjenayah itu berlaku pada 9.10 malam.

Beliau berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek disyaki terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Lembah Klang.

"Pemeriksaan (di lokasi kejadian) menjumpai sepucuk pistol jenis revolver serta beberapa butir peluru dan kelongsong peluru. Turut ditemukan empat bilah parang, peralatan pecah rumah, topeng muka dan sarung tangan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Kumar berkata sidang media berhubung insiden itu akan diadakan esok.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.