Seorang maut ditembak di depan pusat hiburan, polis buru dua suspek

10 Mei 2026, 5:06 AM
Seorang maut ditembak di depan pusat hiburan, polis buru dua suspek

SHAH ALAM, 10 MEI: Seorang lelaki maut ditembak dalam kejadian di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang wanita berusia 27 tahun kira-kira jam 11 malam.

"Mangsa lelaki berusia lingkungan 27 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi berusia lingkungan sama cedera akibat terkena tembakan.

"Polis percaya seorang lagi mangsa mengalami kecederaan, namun identitinya belum dikenal pasti selepas dibawa kenalannya sejurus kejadian," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kumarasan berkata polis sedang mengesan dua suspek yang masih bebas untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Afiq Izani di talian 019-3683036 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.