Pemain ragbi SUKMA meninggal dunia ketika jalani latihan

24 Mei 2026, 7:08 AM
Pemain ragbi SUKMA meninggal dunia ketika jalani latihan

KULIM, 24 MEI: Pemain ragbi Sukan Malaysia (SUKMA) Pulau Pinang rebah dan tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan di padang Batalion Kedua Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata Muhammad Adam Putra Syahril, 21, yang rebah semasa latihan sedang berjalan pada 5.30 petang telah diberikan bantuan awal oleh jurulatihnya, namun tiada tindak balas.

Beliau berkata penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Perlis itu kemudian dibawa ke Hospital Kulim dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di unit kecemasan hospital berkenaan.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan pemain ragbi berkenaan yang berasal dari Kulim, sedang menjalani latihan praktikal di daerah ini dan tidak mempunyai sejarah penyakit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.