Gergasi Merah perlu bangkit di Thailand selepas tewas tipis kepada Buriram United

20 Mei 2026, 3:35 PM
Gergasi Merah perlu bangkit di Thailand selepas tewas tipis kepada Buriram United
Gergasi Merah perlu bangkit di Thailand selepas tewas tipis kepada Buriram United
Gergasi Merah perlu bangkit di Thailand selepas tewas tipis kepada Buriram United

SHAH ALAM, 20 MEI: Selangor FC berdepan tugas sukar menjelang aksi kedua final Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) selepas tewas 0-1 kepada Buriram United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Kekalahan itu memaksa skuad kendalian Kim Pan Gon memburu kemenangan di Arena Chang, Thailand pada 27 Mei ini bagi menghidupkan peluang menjulang trofi ACC.

Buriram United terlebih dahulu mengancam kubu Selangor menerusi percubaan Suphanat Mueanta dan Kingsley Schindler dalam tempoh 10 minit pertama permainan.

Pasukan pelawat akhirnya membuka jaringan pada minit ke-24 apabila Suphanat menanduk masuk hantaran lintang Theerathon Bunmathan yang gagal dibaca penjaga gol Selangor, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Selangor hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-32 selepas Mohamad Abualnadi menyambar bola muntah hasil sepakan percuma Alvin Fortes, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.

Tandukan Chrigor Moraes sebelum tamat babak pertama pula sedikit tersasar untuk kedudukan kekal 1-0.

Pada separuh masa kedua, Selangor terus mencari gol penyamaan namun percubaan Hugo Boumous pada minit ke-66 hanya terkena tiang sebelum cubaan Ahmad Zikri Khalili berjaya dihalang pertahanan lawan.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat permainan sekali gus memberikan kelebihan buat Buriram United menjelang aksi kedua di laman sendiri minggu depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.