Penggunaan aplikasi, liputan kawasan cabaran laksana DRT

21 Mei 2026, 1:00 AM
Penggunaan aplikasi, liputan kawasan cabaran laksana DRT
Penggunaan aplikasi, liputan kawasan cabaran laksana DRT

SHAH ALAM, 21 MEI: Penggunaan aplikasi perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT) dan liputan kawasan menjadi antara cabaran utama pelaksanaan pendekatan hujung-ke-hujung (end-to-end) pengangkutan awam. 

Tinjauan Media Selangor mendapati pengguna perkhidmatan awam masih belum menggunakan sepenuhnya aplikasi tersebut. 

Niddashima Baharudin, 33, menyatakan beliau tidak tahu berkenaan aplikasi tersebut walaupun sering menggunakan pengangkutan awam.

"Tak pernah, saya tak pernah guna," katanya.

Niddashima Baharudin ,33

Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Stepphenie, 35, berkata beliau belum pernah menggunakan aplikasi tersebut.

“Jujurnya, saya tak pernah guna aplikasi itu kerana saya tidak menggunakan van (DRT),” katanya. 

Perkhidmatan DRT di Lembah Klang sebelum ini ditawarkan menerusi aplikasi Mobi, Trek Rides dan Kummute. Namun, bermula November lepas, semua tempahan DRT dikendalikan Rapid KL akan diintegrasikan di dalam aplikasi Rapid on-Demand. 

Stepphenie, 35

Di Selangor, bagaimanapun, tempahan masih boleh dilakukan menerusi aplikasi mobi dan Trek Ride DRT.  

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata pendekatan diambil Selangor adalah kerjasama dengan Rapid KL bagi memastikan inisiatif Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi memastikan liputan kawasan perjalanan pertama dan terakhir (first and last mile connectivity) di seluruh negeri yang lebih menyeluruh. 

Tinjauan turut mendapati walaupun pengguna menyedari kewujudan DRT, masih ramai tidak menggunakannya disebabkan isu liputan kawasan. 

Salah seorang pengguna pengangkutan awam yang hanya mahu dikenali sebagai Chen, 23, berkata beliau mengetahui kewujudan aplikasi DRT namun kawasan perumahannya di Cheras masih belum termasuk dalam liputan perkhidmatan. 

"Saya tahu kewujudannya, saya pernah tengok. Dia (DRT) tak ada kat banyak tempat jadi saya kena guna bas Rapid biasa. Yang Rapid on Demand tu kan, yang itu saya rasa dia tak ada sangat dekat kawasan rumah saya," katanya. 

Chen , 23

Tambahnya, situasi itu menyebabkan beliau masih bergantung kepada perkhidmatan bas sedia ada bagi pergerakan harian. 

Sementara itu, SK Morgan, 27, pula mengakui pernah menggunakan aplikasi DRT sebelum ini, namun berharap ada penambahbaikan dilakukan dari segi liputan kawasan. 

"Ya, saya pernah guna. Setakat ini, semua okay lah. Sebenarnya, itu (liputan) isu utama. Jadi, kalau boleh ditambah liputan kawasan, mungkin lebih baguslah,” katanya. 

Adib Haikal, 18

Bagi Adib Haikal Rufizlan, 18, yang menetap di Rawang pula, penggunaan aplikasi tersebut membantunya menjejak perjalanan DRT dengan lebih cekap. 

"Bagi saya, sebab saya duduk di Rawang, sangat cukup sebab dia ada dalam banyak hentian dekat Rawang tu sendiri.

"Bagi saya kelebihan aplikasi tu, dia sangat tepati masa dan juga sangat efisien," katanya.

DRT adalah inisiatif pengangkutan awam diperkenalkan Kerajaan Negeri yang kini meliputi 87 zon operasi di seluruh negeri dengan kapasiti 237 buah van.

Bermula Jun ini, subsidi bulanan RM30 juga akan diberikan kepada pengguna DRT yang akan disalurkan menerusi dompet digital NINE. 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.