Malaysia bekerjasama dengan negara sahabat usaha bebaskan aktivis GSF

19 Mei 2026, 4:48 AM

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan negara sahabat bagi memastikan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Zionis dibebaskan segera.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata Malaysia mendesak agar kesemua aktivis yang terlibat tidak diberikan layanan buruk serta dizalimi.

“Malaysia menuntut agar mereka tidak dizalimi, dihalang hak kemanusiaan atau dikenakan sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan hanya kerana membawa suara keamanan dan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin.

“Doakan agar segala usaha ini dipermudahkan, Insya-Allah. Hasbunallah wa ni‘mal wakil,” katanya.

Semalam, Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sembilan kapal GSF yang dinaiki 16 rakyat Malaysia telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) setakat 8 malam waktu Malaysia.

Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata kapal mereka dihampiri secara agresif oleh IOF ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.

Foto Facebook Anwar Ibrahim

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.