Tujuh premis di Pandamaran Jaya dikompaun gagal patuhi kebersihan

18 Mei 2026, 2:49 AM
Tujuh premis di Pandamaran Jaya dikompaun gagal patuhi kebersihan

SHAH ALAM, 18 MEI: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan sembilan kompaun terhadap tujuh premis perniagaan yang gagal mematuhi peraturan kebersihan dalam operasi pemeriksaan di Pandamaran Jaya, Klang.

MBDK memaklumkan operasi dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran itu melibatkan pemeriksaan ke atas 61 premis bagi memastikan pematuhan terhadap aspek kebersihan dan pengurusan sisa.

Menurutnya, hasil operasi mendapati tujuh premis terbabit melakukan pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUUK) Pengendali Premis Perniagaan dan Penjaja (PPPS) (MPK) 2007.

Keadaan perangkap minyak dan sistem saliran sebuah premis perniagaan di Pandamaran Jaya yang didapati tidak disenggara dengan baik ketika operasi pemeriksaan kebersihan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Foto Facebook MBDK

"Sebanyak enam kompaun dikeluarkan di bawah UUK 11 PPPS (MPK) 2007, manakala dua lagi membabitkan kesalahan di bawah UUK 5 dan UUK 11.

"Satu lagi kompaun dikenakan bagi kesalahan di bawah UUK 6 dan UUK 11 PPPS (MPK) 2007," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, MBDK mengingatkan pemilik premis supaya menjaga kebersihan di dalam serta luar premis termasuk menyediakan tong sampah berkapasiti 240 liter mengikut spesifikasi ditetapkan Majlis.

"MBDK komited memastikan tahap kebersihan premis perniagaan sentiasa berada pada tahap optimum demi menjamin keselesaan dan kesihatan awam," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.