Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri hingga 10 pagi ini

18 Mei 2026, 12:42 AM
Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri hingga 10 pagi ini

SHAH ALAM, 18 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 10 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Perlis, Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah, Pahang dan Johor.

Di Kedah, kawasan terjejas melibatkan Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pahang membabitkan Rompin.

Johor pula melibatkan daerah Pontian dan Johor Bahru.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.