Air Selangor potong sambungan air haram di Klang

15 Mei 2026, 3:57 AM
Air Selangor potong sambungan air haram di Klang
Air Selangor potong sambungan air haram di Klang
Air Selangor potong sambungan air haram di Klang
Air Selangor potong sambungan air haram di Klang

SHAH ALAM, 15 MEI: Air Selangor memotong sambungan bekalan air tidak sah di dua premis di Klang dalam operasi penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan curi air.

Operasi itu dijalankan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan turut melibatkan pegawai Jabatan Air Sabah atas jemputan SPAN.

Air Selangor menerusi hantaran di Facebook memaklumkan seramai 24 pegawai daripada ibu pejabat dan wilayah terlibat dalam operasi berkenaan.

Menurut syarikat utiliti itu, pemeriksaan di dua lokasi terbabit mendapati terdapat sambungan bekalan air dibuat secara haram.

"Air Selangor telah bertindak memotong sambungan itu secara kekal dan mengeluarkan notis tuntutan ganti rugi kehilangan air kepada pemilik premis," katanya.

Air Selangor berkata sambungan tidak sah dan kegiatan mencuri air merupakan kesalahan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Menurutnya, operasi penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan itu membuktikan komitmen syarikat dalam memastikan bekalan air mampan terus terpelihara untuk pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Operasi penguatkuasaan yang berterusan ini menekankan komitmen berterusan Air Selangor dalam melindungi bekalan air yang mampan untuk para pengguna," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.