Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

12 Mei 2026, 10:03 AM
Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

SHAH ALAM, 12 MEI: Dua beradik dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Jeram Hulu, Manir, Kuala Nerus, kira-kira jam 3 petang hari ini.

Mangsa yang hilang dikenali Shafiqah, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Limbong di Manir dan adiknya, Suhaila, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong.

Dua rakan mereka masing-masing berusia 12 tahun yang turut dihanyutkan arus bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam, lapor Berita Harian.

Menurut saksi, Wan Mohamad Naqiuddin Wan Muda, 33, dia bersama seorang lagi penduduk terjun ke sungai selepas dimaklumkan kejadian itu.

“Mereka berempat sedang mandi sebelum seorang daripada mereka dipercayai lemas dan tiga lagi cuba membantu sebelum semuanya hanyut.

"Saya bersama seorang yang lain terus terjun dari atas tebing... saya sempat capai seorang daripada mereka dan heret ke kawasan rimba buluh untuk berpaut kira-kira 10 meter dari lokasi dia tenggelam.

"Seorang lagi berjaya diselamatkan selepas hanyut hampir 100 meter, namun dua lagi mangsa gagal ditemui dan dipercayai tenggelam akibat arus sungai yang deras," katanya.

Bapa kepada salah seorang mangsa yang terselamat, Abdul Fatah Md Ghani, 39, berkata anaknya kesungai berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka tanpa pengetahuannya.

‎"Saya tidak sangka dia pergi ke sungai dan mandi. Saya mulanya terkejut apabila diberitahu anak lemas, bagaimanapun bersyukur dia diselamatkan penduduk ," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar, berkata operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.