Pencemaran sungai: Agensi berkaitan diarah sedia cadangan, tangani isu secara menyeluruh

12 Mei 2026, 9:25 AM
Pencemaran sungai: Agensi berkaitan diarah sedia cadangan, tangani isu secara menyeluruh
Pencemaran sungai: Agensi berkaitan diarah sedia cadangan, tangani isu secara menyeluruh

SHAH ALAM, 12 MEI: Semua agensi berkaitan diarah menyediakan menyediakan laporan terperinci berhubung punca pencemaran sungai serta cadangan tindakan susulan bagi menangani isu berkenaan secara menyeluruh.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata kerjasama erat antara semua agensi penting bagi memastikan usaha pemulihan sungai dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, tersusun dan memberi impak jangka panjang kepada rakyat.

“Justeru, tindakan bersepadu dan pemantauan berterusan amat diperlukan supaya masalah yang berlarutan sekian lama ini dapat ditangani secara menyeluruh.

“Saya turut meminta setiap agensi menyediakan laporan lanjut termasuk senarai industri berlesen dan tidak berlesen, faktor yang berkemungkinan menjadi punca pencemaran serta cadangan tindakan mengikut bidang kuasa masing-masing,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Jamaliah mengadakan Lawatan Tapak Bersepadu Siasatan Pencemaran Sungai Buloh di Sasaran, Jeram bersama agensi berkaitan bagi meninjau sendiri keadaan semasa.

Lawatan turut disertai Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) , Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Jabatan Pengairan dan Air Selangor serta ahli majlis kawasan.

Jamaliah menjelaskan lawatan itu bertujuan mengenal pasti punca sebenar pencemaran air sungai yang dilaporkan berwarna hitam dan berbau, selain mendapatkan maklumat serta dapatan terus di lapangan.

Beliau meminta pihak berkaitan tidak memandang ringan terhadap pencemaran sungai sebaliknya ia perlu diselesaikan segera kerana ia memberi kesan langsung kepada alam sekitar, sumber air dan kesejahteraan masyarakat setempat.

"Antara perkara dibincangkan dalam perjumpaan itu termasuk pemantauan aktiviti industri, pelepasan efluen, keadaan saliran, mendapan sungai serta isu tambakan tanah yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran.

"Sungai yang bersih dan terpelihara merupakan aset penting kepada komuniti dan generasi akan datang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.