Festival Makanan Mega angkat makanan warisan negeri

11 Mei 2026, 1:00 AM
Festival Makanan Mega angkat makanan warisan negeri
Festival Makanan Mega angkat makanan warisan negeri
Festival Makanan Mega angkat makanan warisan negeri

SHAH ALAM, 9 MEI: Penganjuran Festival Makanan Mega Selangor terus menjadi medan utama mengetengahkan makanan warisan negeri, sekali gus memperkukuh identiti kulinari tempatan.

Ketua pegawai eksekutif Tourism Selangor berkata festival itu menghimpunkan lebih 100 usahawan tempatan meliputi pengusaha makanan tradisional, moden dan makanan tular di media sosial.

Menurut Chua Yee Ling, makanan warisan tidak dipinggirkan dalam setiap penganjuran festival, termasuk memperkenal hidangan seperti punten, nasi ambeng dan sate Kajang sebagai identiti negeri.

“Dalam setiap festival yang kita anjurkan, kita bukan sahaja mengetengahkan makanan moden atau tular, tetapi pada masa sama memberi penekanan kepada makanan tradisional sebagai warisan negeri.

“Kita juga berkongsi sejarah dan tradisi makanan ini supaya pengunjung bukan sahaja menikmati makanan, malah memperoleh pengetahuan baharu,” katanya kepada Media Selangor.

Rakaman Bicara Semasa bersama Ketua Pegawai Eksekuti Tourism Selangor Chua Yee Ling dii Studio MSSB, Shah Alam pada 23 Disember 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Beliau menjelaskan pendekatan itu mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung yang menunjukkan minat tinggi terhadap makanan tradisional berbanding program makanan biasa.

Yee Ling berkata festival tersebut bukan sekadar pelantar jualan, sebaliknya ruang kepada usahawan tempatan untuk membina jaringan perniagaan dan meningkatkan kemahiran pemasaran.

“Melalui platform ini, usahawan dapat berinteraksi, membina hubungan serta belajar cara mempromosikan produk mereka dengan lebih berkesan, termasuk kepada pelancong antarabangsa,” katanya.

Tambahnya lagi, Tourism Selangor turut bekerjasama dengan ejen pelancongan bagi memastikan festival berkenaan disenarai dalam pakej itinerari pelancong sebagai salah satu tarikan utama ke Selangor.

Festival berkenaan dijangka diteruskan pada tahun ini dengan penganjuran seterusnya dirancang pada suku ketiga, dengan pengisian lebih menarik dan menyeluruh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.