Polis kesan lelaki warga Nigeria terbalikkan meja, dipercayai mabuk

7 Mei 2026, 8:29 AM
Polis kesan lelaki warga Nigeria terbalikkan meja, dipercayai mabuk

​KUALA LUMPUR, 7 MEI: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai warganegara Nigeria bertindak menterbalikkan beberapa meja makan di sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini, Isnin lepas yang tular menerusi media sosial.

​Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chan Hook berkata pada kejadian 1.56 pagi itu, suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

​"Tiada individu mengalami kecederaan, namun ramai pelanggan melarikan diri kerana takut dicederakan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat yang menyebabkan kerosakan.

​-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.