Kompleks IVP Subang 90 peratus siap, tarik minat pelabur

5 Mei 2026, 12:00 PM
Kompleks IVP Subang 90 peratus siap, tarik minat pelabur
Kompleks IVP Subang 90 peratus siap, tarik minat pelabur
Kompleks IVP Subang 90 peratus siap, tarik minat pelabur

SHAH ALAM, 5 MEI: Projek pembangunan Kompleks Impactable Vintage Property (IVP) di Subang kini hampir siap dengan kemajuan kira-kira 90 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Offar Musa berkata baki pembangunan dijangka disiapkan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya, pelancaran fasiliti tersebut membuka peluang kepada pelabur dan pemain industri untuk menyewa ruang yang tersedia.

“Permintaan terhadap fasiliti di Subang ketika ini sangat baik kerana ruang yang terhad di kawasan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Kompleks IVP di Subang semalam yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Ketua Pegawai Eksekutif IVP Abdul Offar Musa bercakap kepada media selepas majlis perasmian Kompleks Impactable Vintage Property (IVP) di Subang pada 4 Mei 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Turut hadir EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han, Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah Datuk Hisham Hamdan serta wakil industri.

Abdul Offar berkata kawasan tersebut turut membuka peluang kepada sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), penerbangan am serta logistik.

Katanya, masih terdapat ruang untuk pembangunan baharu serta kerjasama strategik dalam kalangan pemain industri.

Kompleks IVP menyediakan ekosistem penerbangan lengkap melalui hangar pesawat yang dikendalikan pemain industri seperti Malaysia Airlines Berhad Engineering Services (MABES) dan Base Maintenance Malaysia (BMM).

Ia turut menempatkan pusat penyelenggaraan enjin oleh GE Aerospace Engine Services Malaysia (GEESM), termasuk Pusat Kecemerlangan enjin LEAP.

Selain itu, kompleks berkenaan dilengkapi kemudahan Engine Ground Run (EGR) Bay, satu-satunya fasiliti khusus di Subang yang mampu menjalankan ujian enjin ‘on-wing’ termasuk bagi pesawat berbadan lebar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.