Subang berwajah baharu, fasiliti aeroangkasa bertaraf dunia

5 Mei 2026, 1:00 AM
Subang berwajah baharu, fasiliti aeroangkasa bertaraf dunia
Subang berwajah baharu, fasiliti aeroangkasa bertaraf dunia
Subang berwajah baharu, fasiliti aeroangkasa bertaraf dunia

SHAH ALAM, 5 MEI: Kawasan bekas operasi Malaysia Airlines System (MAS) di Subang kini dinaik taraf menjadi fasiliti aeroangkasa moden bertaraf antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Impactable Vintage Property (IVP) Abdul Offar Musa berkata pembangunan itu mentransformasikan aset lama kepada infrastruktur baharu yang memenuhi keperluan industri semasa.

Menurutnya, hangar sedia ada kini beroperasi sebagai fasiliti penyelenggaraan pesawat atau penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

“Kawasan ini mempunyai sejarah penting dalam industri penerbangan negara dan kini diberi nafas baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Kompleks IVP di Subang semalam yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Ketua Pegawai Eksekutif IVP Abdul Offar Musa berucap ketika majlis perasmian Kompleks Impactable Vintage Property (IVP) di Subang Jaya pada 4 Mei 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Turut hadir EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han, Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah Datuk Hisham Hamdan serta wakil industri.

Abdul Offar berkata langkah itu menyokong aspirasi menjadikan Subang sebagai hab aeroangkasa serantau.

Menurutnya, fasiliti berkenaan turut dilengkapi kemudahan sokongan industri termasuk logistik dan ruang komersial.

Kompleks IVP kini menyediakan ekosistem penerbangan lengkap melalui hangar pesawat yang dikendalikan pemain industri seperti Malaysia Airlines Berhad Engineering Services (MABES) dan Base Maintenance Malaysia (BMM).

Ia turut menempatkan pusat penyelenggaraan enjin oleh GE Aerospace Engine Services Malaysia (GEESM), termasuk Pusat Kecemerlangan enjin LEAP.

Selain itu, kompleks berkenaan dilengkapi kemudahan Engine Ground Run (EGR) Bay, satu-satunya fasiliti khusus di Subang yang mampu menjalankan ujian enjin ‘on-wing’ termasuk bagi pesawat berbadan lebar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.