Sultan Selangor terima menghadap menteri belia dan sukan bincang SUKMA 2026

29 Apr 2026, 11:45 AM

SHAH ALAM, 29 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Turut menghadap Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin.

Pertemuan tersebut memfokuskan kepada persiapan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dengan Selangor sebagai tuan rumah.

Menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office, Baginda menzahirkan rasa sukacita terhadap hasil pertemuan itu serta berpuas hati dengan langkah pihak penganjur yang mengambil pendekatan berjimat dalam perbelanjaan.

“Baginda sukacita dengan hasil pertemuan dan berpuas hati dengan langkah pihak penganjur untuk mengurangkan perbelanjaan melihat kepada persekitaran ekonomi semasa,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, Baginda turut menegaskan agar setiap perbelanjaan bagi penganjuran SUKMA kali ini hanya tertumpu kepada perkara penting.

“Baginda turut menegaskan agar setiap perbelanjaan mestilah hanya tertumpu kepada perkara-perkara penting sahaja dengan memberi fokus kepada pembangunan sukan dan atlet-atlet muda di peringkat tempatan,” menurut kenyataan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.