Sultan Selangor serah dokumen tandatangan Raja-Raja Melayu 1957

23 Apr 2026, 4:22 AM

SHAH ALAM, 23 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyerahkan dokumen bersejarah berkaitan kemerdekaan negara ketika berangkat melawat bangunan warisan Seri Negara, semalam.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office, Baginda yang diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut menyerahkan salinan dokumen mengandungi tandatangan Raja-Raja Melayu yang dimeterai pada 1957 di lokasi berkenaan kepada Khazanah Nasional.

Turut diserahkan beberapa salinan peta lama Selangor dan Kuala Lumpur dalam simpanan Baginda yang bertarikh seawal 1882.

“Seri Negara bukan sekadar bangunan warisan kolonial, tetapi suatu medan sejarah yang memperlihatkan perjalanan negeri Selangor daripada era naungan British kepada kebangkitan semula kedaulatan Raja-Raja Melayu,” menurut kenyataan itu di Facebook.

Bangunan berkenaan yang dahulunya dikenali sebagai King’s House merupakan lokasi penting dalam sejarah negara, termasuk tempat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan kemerdekaan dimeterai dengan perkenan Raja-Raja Melayu.

“Di sinilah asas kemerdekaan dirunding serta dimeterai dengan perkenan Raja-Raja Melayu, termasuk legasi Kesultanan Selangor sendiri,” menurut kenyataan itu lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.