SPRM latih pengurusan dana awam lebih telus

28 Apr 2026, 5:52 AM
SPRM latih pengurusan dana awam lebih telus
SPRM latih pengurusan dana awam lebih telus

SHAH ALAM, 27 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor mempergiat usaha memperkukuh integriti pengurusan dana awam menerusi penganjuran Program Antirasuah bersama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan pentadbir rumah kebajikan anak yatim.

Program yang berlangsung di pejabat SPRM Selangor itu melibatkan 60 peserta terdiri daripada pegawai YIDE serta pentadbir rumah kebajikan yang menguruskan dana awam.

Menurut SPRM Selangor, inisiatif itu bertujuan memastikan pengurusan dana kebajikan dilaksanakan secara telus dan berakauntabiliti.

“Program ini merupakan inisiatif memperkukuh pembudayaan integriti serta tadbir urus baik dalam pengurusan dan penyaluran dana awam,” menurut kenyataan SPRM Selangor di Facebook.

Program dimulakan dengan taklimat antirasuah oleh Pegawai Cawangan Pendidikan Masyarakat (PenMas) Mohd Redzuan Mohamad, sebelum diteruskan dengan forum bertajuk Memacu Ketelusan dan Akauntabiliti dalam Pengurusan Dana Kebajikan.

Forum itu menampilkan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Selangor, Azuan Adzhar dan Penolong Pendaftar Pertubuhan JPPM Selangor, Nurul Hanim Mohd Zainuddin, dengan Ketua Cawangan PenMas SPRM Selangor, Rosmadi Kasim sebagai moderator.

SPRM Selangor memaklumkan program tersebut turut menjadi platform memperkasa kesedaran pengurusan kewangan yang berintegriti dalam kalangan institusi kebajikan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.