ad

Program #QuranHour 2025 serentak di seluruh negara 30 Ogos ini

20 Ogos 2025, 4:06 AM
Program #QuranHour 2025 serentak di seluruh negara 30 Ogos ini

SHAH ALAM, 20 OGOS: Malaysia #QuranHour 2025 akan diadakan serentak di seluruh negara dan bersiaran langsung dari lokasi perdana Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini.

Acara yang bermula pada 12 tengah hari itu mengangkat 'Merdeka Dengan Rasa' sebagai tema berpandukan tiga surah pilihan iaitu Surah Al-Saff, Al-Balad dan Ali Imran.

Ketiga-tiga surah ini dipilih kerana ia membentuk landasan kepada pendekatan ‘Ahassa’, iaitu empati yang mendalam yang mendorong tindakan dengan disiplin, kesedaran, dan komitmen.

Tema 'Merdeka Dengan Rasa' dipilih bagi menyeru masyarakat membebaskan diri daripada keangkuhan, penindasan dan ketidakadilan kepada pembinaan masyarakat adil, berihsan dan saling menyantuni.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.